Sunday, December 9, 2012

2012 - LANGKAWI PART II

JUMAAT - 16/11/2012

Pagi, breakfast dalam bilik jer dengan mee segera dan roti+tuna. Untuk pengetahuan semua, Federal Villa tak provide breakfast. Boleh jer nak breakfast kat cafe-cafe yang ada kat hotel tu, tapi paham-paham jer lah harganya.

So hari ni kita planning nak round pulau langkawi. Berbekalkan map yang diambil kat airport, kami merancang perjalanan. Mula-mula pergi melawat Kompleks Makam Mahsuri. Tempat ni dah banyak sangat berubah dibandingkan pada masa aku pergi dulu (yelah.. dah 20 tahun lebih). Untuk masuk ke sini dikenakan tiket (tak ingat berapa tapi berpatutan lah).

Anak-anak kurang tahu dengan cerita-cerita mahsuri dan diaorang sangat teruja untuk mengetahuinya. Selain tengok rumah mahsuri, telaga dan makam, mereka juga berkesempatan menonton video mengenai mahsuri. Dan terbitlah soalan daripada daripada anak lelaki ku "Mama, betulke cerita mahsuri ni?" Dengan mengumpulkan idea2 dalam otak aku ni (sebenarnya berfikir mcm mana aku nak jawab dia ni), aku pun menjawab "Ada betul dan mungkin ada yang orang tambah-tambah, mcm kubur dan rumah mungkin betul. Cerita-cerita lain tak tahu lagi kesahihannya sebab cerita ni dari mulut ke mulut". Jawapan selamat.






Dari sini kami singgah pula ke tempat penjualan minyak gamat. Beli lah sikit untuk souvenier kawan2 dan untuk kegunaan sendiri. Lepas tu singgah nak makan laksa power tapi tutup jadi kami makan kat sebelah laksa power tu. Makan laksa, rojak buah, pasembur dan cendol. Laksa nyer biasa jer, tak boleh lawan laksa arwah mak aku. Rojak sedap, pasembur manis sikit, cendol ok. Suasana tempat ni best, berangin jer sebab tepi pantai.



Meneruskan perjalanan menjelajahi Langkawi. Singgah pula di Telaga Harbour Park, tengok kapal-kapal mewah. Cantik sangat. Kalau aku orang kaya mahu aku beli satu kapal mewah tu. Kat sini kami cuma bergambar je lah.




Lepas tu bergerak menuju ke Oriental Village. Kat sini lah tempat kalau nak naik cable car. Aku memang dari awal dah surrender tak nak naik, tak kuat semangat. Yang lain pun sama, jadi takde lah kami membuang masa beratur untuk naik cable car. Ada orang cakap, beratur sampai ambil masa 2 jam.. uhhh..

Di Oriental Village ni macam-macam ada. Boleh naik kuda, naik sampan yang kayuh pakai kaki tu, kereta kuda dan ada lagi beberapa benda. Anak lelaki aku dan sepupunya main sampan. Yang lain dok bagi ikan makan.



Tempat seterusnya hajat nak ke Taman Buaya tapi terlepas simpang dah jauh baru perasan. Malas nak patah balik kami teruskan juga. Singgah sekejap di Pantai Pasir Hitam. Tak turun pun sebab cuaca panas.


Untuk tidak menghampakan anak-anak yang nak ke Taman Buaya, kami pergi lah ke Taman Hidupan Liar. Tempat ni macam mini zoo lah. Tiket untuk tempat ni Dewasa RM15.00, Kanak-Kanak RM10.00.
Budak-budak kalau tengok binatang memang excited. Berbaloi jugalah, haiwan-haiwan kat sini dekat dengan pengunjung, puaslah juga tengok. Banyak-banyak haiwan kat situ, aku tertarik dengan itik yang berwarna-warni, cantik..





Dah selesai di Taman Hidupan Liar ni, kami meneruskan lagi perjalanan sampai lah ke Pekan Kuah. Kat sini adalah syurga membeli-belah. Tujuan kami untuk membeli-belah coklat jer. Kami shopping di HIG (Haji Ismail Group). Ada dua kedai HIG ni, satu khas untuk cokelat saja, satu lagi pinggan mangkuk + cokelat. Gila tengok cokelat yang bermacam-macam jenis dan murah-murah. Harga cokelat yang aku boleh ingat :
Hershey Kiss - peket kecil RM10.++, peket besar RM12.++
Whittakers - 1 peket RM 7.90, 3 peket RM23.00
Daim - RM14.++ (300g)
Maltesers - RM1X.XX (belas2 RM, tak ingat)

Aku borong dlm ratus2 ringgit jugalah tapi puas hati. Pastu pergi kedai HIG kat belakang (selang beberapa bangunan) untuk usha pingan mangkuk pula. Berkenan dengan mangkuk yg seakan kristal yg selalu org buat isi kuih raya tu, dlm RM15.00 satu. Rembat dalam 5 pcs. Beli pisau lah, pinggan kek lah, cawan2 yg warna-warni. Nasib baik blh control lagi, kalau ikutkan non-stick aku nak, pressure cooker nak tp duit dah habis ke cekelat.. tp bila balik rasa rugi pulak tak beli pressure cooker.

Lepas dah penat menyopping, balik ke hotel. Anak-anak dr tadi dah bising nak balik ke hotel, sebabnyer diaorang ni berendam lagi dlm swimming pool. Sampai jer hotel, tak senang abah nyer nk berehat kejap, dok  ajak ke swimming pool. Sudahnyer berendam dalam pool dan main pasir pantai sampai ke malam. Malam akhir lah katakan. Abah-abah budak2 ni sempat lagi main volley ball dengan tourist dr Italy. Diaorang ni sporting, tp yang tak tahanyer si minah Italy ni ber bikini sambil main volley.









No comments:

Post a Comment