Wednesday, April 25, 2012

Pertama Kali



Pertama kali aku memasukkan resepi dan hobi mem baking ku dlm blog. Pertama kali juga aku mencuba resepi kek ni.. Kek Opera. Resepi aku ikut resepi dlm blog masam manis. Aku sangat tertarik dengan cara2 dia berkongsi resepi dengan orang ramai. Azlita sangat tidak kedekut ilmu memasak nyer, step by step dia ajar dan gambar2 nyer pun sangat cantik.. Terima Kasih Azlita kerana menyediakan blog yg menjadi kegemaran orang ramai.

Kek Opera ni aku cuba bulan lepas, rasanyer memang sedap ada rasa kopi gitu.. Siapa nak resepi ni aku copy and paste dr Blog Masam Manis.


Bahan-bahan Kek

Bahan A
200 gm serbuk almond
100 gm gula caster
6 biji telur

Bahan B
50 gm butter - di cairkan

Bahan C
60 gm tepung gandum – diayak

Bahan D
115 gm putih telur - anggaran dalam 3 biji
55 gm gula castor

Panaskan oven pada suhu 200 C. Bila nak masukkan kek turunkan suhu pada 175C.
Sediakan 2 loyang kek 4 segi berukuran 20 x 20 cm.
Sapu loyang dengan sedikit butter dan alas dasar loyang dengan kertas minyak atau baking paper.
Ketepikan

Bahan A
Dalam mangkuk stand mixer, satukan serbuk badam, caster sugar (100 gm), dan 3 biji telur.
Pukul dengan kelajuan maxima selama 10 minit.
Kacau sekali sekala dengan spatula supaya bahagian dasar dan tepi bergaul sempurna.
Tambahkan telur yang lagi 3 biji tadi sebutir demi sebutir dan terus memukul selama 10 minit lagi.

Ambil 4 sudu besar adunan almond ( Bahan A) tadi dan campurkan dalam butter yang telah di cairkan (Bahan B). Ketepikan

Tambahkan pula tepung (Bahan C) yang telah diayak ke dalam baki adunan almond (Bahan A). Kacau adunan dengan kaedah kaup balik sehingga adunan bergaul sempurna. Ketepikan

Dalam bekas lain, putar putih telur hingga berbuih (Bahan D).
Tambahkan gula castor (50 gm) dan terus putar dengan kelajuan maxima sehingga adunan kaku.
Ambil 1/3 dari adunan putih telur, dan campurkan ke dalam adunan almond (bahan A)
Kacau rata menggunakan spatula dengan kaedah kaup balik sehingga adunan rata.
Masukkan baki adunan putih telur, dan kacau lagi dengan kaedah yang sama sehingga adunan sekata.
Tambahkan pula adunan butter yang di campur dengan 4 sudu besar almond ke dalam adunan.
Kacau rata juga dengan kaedah kaup balik sehingga adunan rata.
Jangan kacau kuat-kuat kerana kek akan mendap selepas di bakar, jika  aduanan terlebih kacau.

Bahagikan adunan kepada 2 adunan yang sama banyak.
Tuang adunan dalam 2 loyang yang telah di sediakan tadi
Bakar kek dengan suhu 175 C, selama 20 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya.

Sekarang kita sediakan pula Moca Buttercream

Mocha Buttercream
100 gm  putih telur - anggaran 3 biji
200 gm gula caster
300 gm unsalted butter - potong kiub
1/2 sudu besar mocha paste
1 sudu teh coffee oil - kalau tak de boleh guna coffee esen atau coffee paste

Satukan putih telur dan gula dalam satu bekas besar.
Sediakan satu periuk kecil dan panaskan air didalamnya.
Dengan kaedah double boiler letakkan mangkuk berisi telur di atas periuk air panas. Pastikan air panas dalam mangkuk tidak kena dasar mangkuk telur.
Panaskan telur dan gula hingga gula larut anggaran suhu (65C) ita panaskan anggaran suhu badan 36-38C kalau tak de jangka suhu agak2 aje bila gula dah larut. Jangan sampai telur tu masak pulak ye!
Alihkan dari periuk panas tadi dan terus pukul adunan putih telur dengan mixer berkelajuan maxima sehingga adunan jadi berkilat dan kental.
Kalau ikut resepi,  masukkan buter satu persatu dalam adunan.Cara ita pula, ita pukul butter sampai lembut , tambahkan mocha paste dan coffee oil dan putar hingga ia bergaul rata.
Kemudian masukkan adunan telur ke dalam adunan mocha dan kacau rata dengan kaedah kaup balik sehingga ia bergaul sempurna. Ketepikan
Sekarang kita sediakan pula Chocolate Ganache.
Chocolate Ganache
200 gm coklat gelap kompaun - di didadu kecil
200 gm coklat susu kompaun - di dadu
75 gm butter tanpa garam
250 gm fresh cream
Coklat di potong kecil atau di hiris.
Panaskan fresh cream hingga hangat atau suam-suam. Tutup api
Masukkan coklat dan kacau biar coklat melarut.
Masukkan butter dan kacau hingga adunan bergaul sempurna dan berkilat.
Biarkan ia sejuk dan sedikit likat
Ketepikan

Sekarang kita sediakan coffee syrup.
Coffie syrup yang di cadangkan dalam resepi adalah espresso. Kalau tak de boleh gunakan coffee segera atau nescafe segera pun ok!

Coffee Syrup
100 ml espresso panas - nescafe segera pun ok
100 gm gula - kalau guna nescafe segera tak payah letak gula.
Sekarang kita mulakan proses untuk membuat kek Opera
Bila kek dah masak keluarkan dari loyang.
Letakkan atas redai dan biarkan kek sejuk.

Kek yang telah masak tadi kita biarkan betul-betul sejuk sebelum di potong.
Bila kek dah sejuk, potong kek kepada 2 bahagian setiap satu kek. 
Ini bermakna kita akan dapat 4 keping kek yang nipis.
Hati-hati semasa memotong kerana kek ni nipis, mungkin proses memotong agak sukar bagi mereka yang kurang mahir.
Ita gunakan pisau seperti dalam gambar untuk memotong dan ianya  sangat mudah.

Ambil sekeping kek.
Bahagian atas atau bawah kek tadi kita letak di sebelah bawah.
Bahagian yang di potong letak di sebelah atas.
Sapukan permukaan kek dengan coffee syrup tadi.
Sapu sikit-sikit aje jangan sampai basah lencun pulak kek tu ye! nanti kek tu lembik pulak!
Proses ini untuk melembabkan kek di samping memberian aroma dan rasa coffee pada kek.

Kemudian kita letakkan Mocha buttercream di atas kek yang telah kita sapukan coffee tadi.
Ratakan.
Ita masukkan butter cream tadi dalam piping bag dan paipkan atas kek.
Selepas itu kita lapikkan lagi sekeping kek atasnya.
Tekan-tekan sikit bagi rata dan padat.
Kemudia kita sapukan lagi coffee syrup atas kek.

Selepas tu kita tuangkan  1/2 daripada Chocolate Ganache.
Ratakan.
Kemudian letakkan selapis lagi kek.
Sapukan coffee syrup
Tuangkan Mocha Buttercream atasnya dan ratakan.
Kemudia letak lapisan kek yang terakhir.
Sapukan juga coffee syrup

Ita masukkan dahulu kek ni dalam peti ais supaya  Mocha Buttercream dan Chocolate Ganache keras.
Anggaran 1 jam.
Keluarka dari peti ais.
Letak kek atas redai dan alas bawahnya dgn tray.
Baki Chocolate Ganache tadi kita panaskan sekejap bagi Chocolate Ganache tu cair.
Tuang atas kek
Kalau ada ring 4 segi yang ukuran 20 x 20 cm lagi bagus.
Masukkan kek dalam ring tu dan tuang chocolate ganache atasnya. 
Jadi lapisan ganache yang terakhir tu akan sama tebal dengan lapisan tengah.
Kemudian simpan kek dalam peti ais dalam 2 atau 3 jam atau sehingga Chocolate Canache keras.
Bila kek dah keras potong dan kemaskan tepi kek.

Wednesday, April 18, 2012

Hobby membacaku

Kan Kukejar Cinta Kamu (Penulis : Fauzah Ashari)
Beli novel ni masa birthday ku (16/04/2012) di E-book, Giant Kota Damansara. Sebenarnya dah lama mencari novel ni sebab ulasan dalam internet mengatakan buku ni best dan boleh menandingin novel yg popular dr penulis yg sama, Ombak Rindu. Banyak kedai buku dah aku masuk utk cari novel tp hampa (x tahulah aku tak nampak ke sbb kedai yg aku msuk semua kedai besar2, susah nk cari buku kalau tak bertanya), alih2 bila masuk kedai e-book ternampak novel ni tanpa berfikir panjang terus sambar. Emmm tebal bukunya, blh ke aku habis ni tp kalau best mmg boleh kot.

Sampai rumah jer terus koyak plastik dan memulakan pembacaannya.. fuhh.. dari mula dah rs keseronokan cerita ni (bab2 awal citer lbh menjurus kepada pembacaan dewasa je yek... paham2 je lah).. Novel ni blh dikategorikan susah nak letak le.. Sangat teruja membaca nyer sebab nak tahu cerita selanjutnya. Tak sangka sampai hari ni (4 hari dr tarikh beli) aku dah hampir menghabiskan novel ni. Selalunyer novel yg biasa2 jer citer nyer (tebal buku standard) aku ambil masa 1 - 2 minggu nak habis. Novel yg sangat dicadangkan kepada peminat2 novel tempatan.


Mereka bertemu ketika sama-sama belajar di luar negara. Dua tahun berkenalan mengukuhkan cinta mereka. Kerana cinta, mereka lupa segala sengketa keluarga. Kerana cinta, mereka lupa pesan papa dan abah mereka. Kerana cinta mereka berkahwin secara senyap sebelum tiga bulan kembalinya ke tanah air. 

Sehari selepas berada di tanah air, Raiyan kemalangan hingga menyebabkan dia kehilangan identiti diri dan keliru sentiasa. Alma hilang arah. Papa pernah berpesan, “Jangan dekati keluarga Datuk Raqib (datuk Raiyan). Nek Bonda (nenek Raiyan) ada mengugut. “Sekali kau dekat dengan Raiyan, berkali-kali kau akan kecewa.” Raiyan juga pernah berpesan, mereka mesti sama-sama hadapi halangan keluarga. Jika sendirian, boleh karam. Ada makna pesan suaminya. Rupanya, Nek Bonda ala-ala Hitler!

Alma atur strategi. Tanpa dedahkan statusnya sebagai isteri, (tapi Nek Bonda tahu statusnya) dia buru  dan dekati Raiyan dalam senyap. Dia langgar perintah papanya dalam diam. Dia ingkar amaran Nek Bonda demi cinta dan rindunya. Jika terang-terangan menjatuhkan ego dan maruah papa. Jika berterus-terang,  hidup keluarganya terancam.  Dan, tak mustahil Raiyan yang keliru terus lari!

Hisy! aku nak kena mulakan, ke? Hmm...buat muka selenge. Eh! tak ke nanti dia kata aku perempuan jahat, ya lah cuba goda dia. Eh...eh...nanti dulu, yang aku goda bukan ke laki aku? Apa pulak aku jahat, kan? Jadi perempuan baik? Lemah-lembut, sopan-santun? Lagi bosan kot. Argh! tak boleh jadi ni! - Alma

You ni cantik. Buat I tergoda selalu. Tapi sayang, macam-macam perangai, buat I tergolek, pening tau. - Raiyan.

“Perkahwinan ni rupanya memang betul-betul kesilapan. I harap sangat bukan kesilapan.” Itulah ayat Raiyan, kunci keyakinan Alma. Dia redah lagi onak dan duri demi mengembalikan bahagia dua tahun tiga bulan mereka bersama, bercinta dan berkahwin ketika di Ireland tanpa kelibat Dilaila, Huzail, Qistina, Zack, papa, abah dan Nek Bonda si Hitler...

OUTING DI JANDA BAIK

Ahad (15/4/12).. bersama2 NovaRiders (kelab basikal hubby ku) kami berkelah di Riverside, Janda Baik. Ini kiranya macam outing family day, sambil berkayuh sambil beriadah bersama family.. Tempat ini menarik untuk perkelahan, ada wakaf, ada tempat BBQ dan sudah semestinya ada sungai utk bermandi-manda.


Wakaf dan ruang utk bentang tikar dan bersantai

Sungai untuk bermandi-manda



Tempat BBQ disediakan

Hubby sedang berkayuh 



Monday, April 9, 2012

AL-FATIHAH

Al-Fatihah buat arwah isteri rakan sekerja ku di cawangan Kemaman yg kembali ke Rahmatullah semalam akibat kemalangan jalan raya. Walaupun tidak mengenal rapat dengan arwah tapi amat terasa kesedihan yang dialami si suami, Raziman. Dari cerita teman2 yg mengenali arwah, beliau seorang yang sangat baik dan manja. Sememangnya orang yang baik disayangi Allah. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. Amin..


REMUK...keadaan van JHEAT rosak teruk selepas terbabit kemalangan. Gambar kecil, Nor Asma.
REMUK...keadaan van JHEAT rosak teruk selepas terbabit kemalangan. Gambar kecil, Nor Asma.
KUALA TERENGGANU: Seorang kakitangan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) daerah Kemaman maut manakala lima lagi rakannya terselamat apabila kenderaan dinaiki mereka terbabas dalam kemalangan di Marang, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 8.10 pagi di Kilometer 27, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Kampung Pulau Kerengga, Marang, Nor Asma Abdullah, 43, yang juga adik Mufti Terengganu, Datuk Dr Alias Abdullah, meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang mangsa terselamat, Mohd Nazmy Mohd Zawawi, 26, ketika ditemui di Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini memberitahu, mereka berenam dalam perjalanan dari pejabat di Kemaman untuk menghadiri kursus bahasa isyarat di ibu pejabat JHEAT di Kompleks Seri Iman, di sini.
“Saya di tempat duduk hadapan bersebelahan pemandu van, Mohd Rozi Bakar, 45, bagaimanapun, setibanya di lokasi kemalangan tiba-tiba van dinaiki hilang kawalan lalu terbabas.

“Saya sempat berpaut pada pemegang di atas pintu van sebelum kenderaan itu terbalik dan merempuh batu penanda kilometer jalan dan sebatang pokok di tepi jalan,” katanya.

Menurutnya, selepas van itu tersadai di sebatang pokok di tepi jalan, dia bergegas mencari telefon bimbit untuk menghubungi individu terdekat memaklumkan kejadian.
Katanya, akibat kemalangan itu, tiga penumpang van tercampak keluar, tetapi mengalami cedera ringan, seorang maut tersepit di bahagian tempat duduk belakang, manakala dia dan pemandu van yang duduk di bahagian hadapan van hanya cedera ringan.

Mohd Nazmy berkata, ketika kejadian hujan renyai di kawasan itu dan permukaan jalan licin mengakibatkan van dinaiki gagal dikawal lalu terbabas.
Kakak ipar mangsa, Toh Puan Razaini Wazairkhan, 44, ketika ditemui di Unit Forensik HSNZ berkata, pada Khamis ini sepatutnya arwah pulang ke kampungnya di Besut bagi menemui ibunya yang bakal ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah.

“Kali terakhir saya bertemu arwah dua minggu lalu selepas dia pulang dari mengerjakan umrah dan saya sekeluarga reda dengan apa yang berlaku kerana ia ketetapan Ilahi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya mengesahkan kejadian dan menasihati pengguna jalan raya lebih berhati-hati terutama pada hari hujan.




Tuesday, April 3, 2012

Welcome back....
After 2 years lost, now I'm coming back to blogspot for sharing my life stories.. within my lost for sure there were so many things happened :
- my beloved mother passed away on 08.02.2011, it was the saddest day that could not been forgotten in my life, starting from this day I lost the true best friend whom I shared almost everything with...
- beside sad thing there must be a good thing, my eldest daughter got straight As in UPSR.. well done dear.. mama is very proud of you..
- cannot thing anymore...however, the important is.. life must go on, no matter how... remember ALLAH always, never let ALLAH behind..

SEE YOU IN THE NEXT POST... InsyaAllah..

Pengkebumian Mak..