Tuesday, January 15, 2013

CAMBODIA (PHNOM PENH) NOV/DEC 2012 - Part I

Khamis (29/11/12)

Trip ke Phonm Penh kali ni disertai 4 couples. Kita plan sendiri2 jer tak de guna Travel Agent ke apa. We booked first flight (Air Asia) early in the morning at 7 am. Dari rumah naik van, minta neighbour hantar, he charged us at RM250.00.

We landed at Phnom Penh at about 8.00 am (waktu tempatan). Beli simkad dulu, senang nak call anak-anak nanti. Murah simkad kat sini. Aku amik line Hello, OSJA Daily Plan, Free 10SMS 30MB 30 min call @USD3 jer..

First thing selepas keluar airport, kita orang cari kenderaan untuk ke hotel. Paling murah transport kat sana Tuk Tuk. Satu Tuk Tuk boleh muat 4-5 org kos dlm USD7 utk ke hotel. So kitaorang ambil 2 tuk tuk.. Satu pengalaman yg baru bg aku menaiki tuk tuk. Best sbb dpt fresh air tp berhabuk lah..



Tuk Tuk

We all check in Hotel Nam Nam (Circuit Hotel). Cost dlm USD 25 per night (kalau tak silap). Bilik dia so so jer, dr 4 bilik yg kita sewa tu, ada yg dpt fridge, ada yg dpt kettle, ada cermin kat bilik, ada yg dpt plasma TV, mcm2 lah. Yg pasti nya bilik aku kelebihannyer Plasma TV jer, lain takde apa kemudahan selain perkara asas spt sabun dan tuala jer.. Breakfast disediakan tapi are you dare to eat at the Hotel if the receptionist said sometimes we serve pork but since you guys are Muslims so for these few days we will not serve pork..  baik hatinya hotel ni (sambil tangan letak kat bahu, kedua mata naik atas).. aku masih boleh utk makan buah2an, roti and drink a coffee at the cafe. Tp my hubby langsung tak nak mkn apa2 kat cafe hotel tu... tak lalu katanya..

First place kami lawati ialah Central Market di pekan Phnom Penh tu, round2 jer dulu, survey... pastu kitaorang gi cari Restoran Halal, tanya org2 kat situ jumpa la juga.. dekat jer dgn Central Market tu, nama Restoran tu D'Nyonya, owner dia org Malaysia. Makanan oklah tp mahal sikit. Yg tak syok nyer masa nk byr tu, owner dia berkira sikit. Bukan apa, semua sekali cost makan tu aku tak ingat tapi adalah sen2 hujungnya. Kat sini sen2 tu byr dgn duit Riel Cambodian, kitorang ni pulak takde duit Riel semua tukar USD seblum datang sini, so kita minta lah waive kat waiter tu.. bila waiter tu gi kat boss dia, boss dia tu mintak jg... nasib baik lah salah sorang kami tu pernah gi Kemboja sebelum ni, korek2 kat purse adalah tersesat beberapa duit Riel ni.. fuhh,.. kalo tak mcm mn agaknyer ye.. Bagi aku kita sama2 Malaysian ni jgn le berkira sgt, lagi2 kita ni prospek customer dia utk beberapa hari ni kan, ambil hati le sikit.. Lepas kejadian tu kami semua mmg kalau blh tak nak dah mkn kat situ.. I'm Sorry.. 
Bumbung Centra Market..

Tengah survey..

Dalam market..

Banyak batu2 permata..

Restoran D'Nyonya.. 

Lepas tu kami singgah hotel, solat dan rehat kejap. Petang kami gi jln2 ke kawasan istana. Naik tuk tuk (kenderaan rasmi kami kat sana), satu tuk tuk USD2 jer.. amik dua tuk tuk. Cuaca masa tu panas terik yang teramat. Kebetulan masa kami gi tu Raja Cambodia ni baru meninggal, so ramai lah rakyat dia memberi penghormatan terakhir pada raja dia. 

Rakyat memberi penghormatan terakhir mendiang raja cambodia


Disebabkan cuaca yang panas terik, kepala ku dah berdenyut2 migrain tp tahan jer (jalan punya pasal). Dah hampir maghrib dah takde aktiviti berkumpulan so aku and hubby mula menjejak kasih.. cari 2nd cousin yg bekerja di Phnom Penh ni, dia kerja kat Naga World (tmpat casino terkenal disini). Naga Hotel ni besar sangat kat bahagian bawah dia tu lah tempat kasino. Sembang sikit2 kami pun balik hotel sbb aku dah tak larat sgt

Sampai hotel masa tu pun dah gelap, aku terus merebahkan diri. Malam tu diaorang ajak gi pasar malam tp aku tak pergi sbb kepala sakit teramat. Dinner makan mee segera jer yg dibawa dr Malaysia. Kat Phonm Penh ni byk juga brg makanan yg diimport dr Malaysia mcm 100plus tp harga mahal lah sbb diorg guna USD. 

Apa yg aku perhati kat sini kereta diorang ni besar2 dan ada yg tak pernah kita tengok kat Malaysia. Ini kemungkinan dasar kerajaan diorang yg tak menyekat kemasukan kereta2 import dan sememangnya takde AP. So bagi sesiapa yang mampu tu blh lah beli kereta canggih manggih. Traffic kat sini pun hebat, driver kat sini kena ada persefahaman yg tinggi sesama diaorang. Walaupun nmpak mcm cacar mabar tp takde pulak aku tgk accident. Hon kat sini memainkan peranan yg penting, dan diantara maksud2 bahasa hon ni "aku jalan dulu ye", "bg aku masuk simpang tu dulu", "sorry lah wrong way, bg jln ye".. mcm tu le lebih kurang.. 
Buat lah mcm tu kat Malaysia ni kalau korang nak kena maki dgn driver lain..