Tuesday, December 11, 2012

2012 - LANGKAWI PART III

SABTU - 17/11/2012

Hari ni hari terakhir cuti-cuti Langkawi. Hari ni planning breakfast kat tepi pantai, so aku beli kuih-muih dan nasi lemak kat luar. Murah juga lah makanan kat langkawi ni, masih ada nasi lemak 50sen. Kuih 4 seringgit. Boleh tahan lah sedapnya.

Sebenanya kat Pantai Holiday Villa ni tak boleh bawa makanan dr luar. Tapi.. ada aku kisah hehehe.. pagi2 mana ada org menjual kat tepi pantai tuan pengurusan..



Pagi ni bagi budak2 mandi kolam sepuas-puasnya sebelum check-out. Sementara aku mengemas barang-barang shopping dan kain baju di bilik.

Lepas check-out, pergi lunch kat tempat kami mula2 sampai hr tu pastu terus ke Pekan Kuah untuk mengambil gambar di Dataran Lang. Tak sah la kalau pergi Langkawi tak ambil gambar kat patung helang  yang besar gedabak tu.. Cuaca tengahari kat Langkawi masa tu tersangatlah panasnya, ramai pulak pengunjung, parking keta dah lah jauh.. jenuh juga menapak nak ke Dataran Lang ni semata-mata nak mengambil gambar.



Flight kami pukul 5 lebih so masih ada banyak masa lagi. Shopping terakhir, rembat lagi cokelat dan beli beg baju yg besar. On the way ke airport, ternampak laksa power dah buka. So singgah lah untuk melepaskan lapar dahaga. SubhanAllah.. angin sangat kuat masa tu. Sampai kerusi pun boleh bergerak sendiri. Tudung masing-masing kena pegang, kalau tak mahu tercabut nanti. Tapi kami masih blh bertahan dan buat selamba jer.. Laksa takdelah power mana pun, kami order pasembur, cendol, air kelapa dan rojak buah. 

Laksa Power

Tudung ku yang herot-berot

Anak ku sibuk mengontrol ketajaman tudungnyer disebabkan tiupan angin yg sgt kuat

Sampai airport, sebagaiman dipesan kami tinggal macam tu jer Innova tu kat parking dengan kunci kereta tinggal kat dalam.Cuak juga.. Memang biasa kot orang buat macam tu..

Fligh delay ke pukul 6.00 lebih.. 

Langkawi best, In Shaa Allah kalau ada rezeki datang lagi... 


No comments:

Post a Comment