Tuesday, June 19, 2012

VENOM SURIA - MAZNI AZNITA


Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyeksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!

"Apa Suria takut pada Mahira? Takut dengan semua kebenaran yang Suria tahu? Atau takut dengan saya?" - Nazrul

"Kebetulan saya datang sini nak makan dengan teman lelaki. Oh ya, saya duduk kat meja hujung sana dekat dengan bar table. Kalau dah nak balik nanti, singgah-singgahlah tegur ya." - Suria

"Cik Suria kan wartawan popular. Tak perlu nak mention sebut fasal teman lelaki ke apa ke...tak sebut pun orang takkan teka yang Cik Suria ni tak ada teman lelaki." - Izwan

Darah Suria berderau naik ke muka. Dia mencerlung tajam memandang lelaki itu. Namun wajah di hadapannya tidak sedikit pun berubah. Damn it! Dia ni kenapa? Asyik-asyik nak sakitkan hati aku aje. Apa kena dengan mamat ni? Psyhco ke?

Mazni Aznita.. aku dah memiliki beberapa novel karya beliau. Selain Mazni Aznita penulis ni juga menggunakan nama pena Anita Aruszi. Mula mengenali beliau melalui novel Street Vendetta kemudian Tiada Sepertimu. Apa yang aku boleh katakan aku suka cara penulisan beliau. Street Vendetta cerita yang agak lucu manakala Tiada Sepertimu thriller cinta kalau tak silap. Kali ini di dalam Venom Suria, penulis mencuba sesuatu yang baru mungkin (sbb aku masih tak berkesempatan membaca novel beliau yang lain). 

Venom Suria, cerita bergenre thriller+mistik+misteri dan terselit juga kisah cinta. Tak dinafikan aku memang suka cerita2 bergenre begini daripada cerita cinta yang berjiwang2. Itu sebabnya penulis RAM menjadi kegemaran aku. Pada awal pembacaan memang ada sikit rasa keliru hingga terpaksa membaca berulang-kali sesuatu ayat tersebut. Tapi aku masih boleh meneruskan pembacaan sebab ada perasaan ingin tahu yang membuak-buak. Dengan waktu dan watak2 yang agak banyak membuatkan aku pening sekejap.

Di pertengahan cerita, misteri itu terungkai secara perlahan-lahan walaupun masih samar2. Pada masa ini nak letak novel sekejap pun rasa sayang tapi memandangkan aku byk tanggungjawab lain terpaksa jugalah sedangkan dalam kepala ni duk teringat apa misteri yang sebenarnya dlm cerita ni..

Perasaan semasa membaca novel ni kadang-kadang rasa seram sampai naik jugalah bulu roma lagi-lagi baca pada waktu tengah malam. Nasib baik ada orang disebelah kalau tak mahu aku tutup jer novel tu bila sampai bab-bab seram ni. 

Sampai penghujung cerita, aku puas dengan segala persoalan. Terjawab dan tersusun segala misteri macam jigsaw puzzle. Ending dia, Suria memilih siapa pun aku puas hati. Good Job.. Anita / Mazni.. Boleh lah teruskan lagi dengan genre2 sebegini..

Lepas ni nak cari Sayangku Casper pulak... 


Friday, June 15, 2012

Bisik-Bisik Gelora - Fauziah Ashari


Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh daripada kota.

Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun Arumi amat nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan.

Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yang dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku.

Takdir ALLAH, pada hari yang sama, suami yang baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa dan disumbat ke dalam penjara. Apakah yang terjadi pada Arumi? Bagaimana pula dengan Jad?


Novel ni ku pinjam dari adik ipar, bukan kedekut nk membeli tp dah nampak kat rak bukunya.... rembat je lah.. Fauziah Ashari tak pernah menghampakan pembacanya, nukilan dia berbeza dr novel2 dia yang lain.. masih bertemakan kawin paksa tp diolah citer nye berlainan, tak jemu membaca. Bagi aku kalo kita membaca sesuatu novel itu sehingga tahap susah nak letak, novel tersebut sudah berjaya... Begitu lah yg terjadi apabila aku membaca novel karya FA ni..

Kebanyakan novel seseorang pembaca pasti akan jatuh cinta dengan watak hero tp berlainan sekali dengan novel ni dimana aku teraaammmaat lah benci nya dgn hero nyer.. sbb watak heronya terlalu ego, terlalu memandang rendah pd isterinya, suka mengandaikan yg bukan2, takde kasih sayang, dan tak berperikemanusiaan.. sampai satu tahap dlm novel aku ckp sendiri .. kalau lah aku yg jd isterinya tak akan aku maafkan dia smpai bila2... aku terlalu geram smpai menitis air mata ku...

Tapi FA amat bijak bermain dgn emosi, di hujung2 cerita tak tahu lah mcm mana hati aku mula lembut dgn perubahan hero ni.. hati wanita kan, kerak2 nasi.. ending yang puas hati dn biasalah mesti happy kan.. 
Novel yg amat dicadangkan..

Bintang : 3-1/2*

Tuesday, June 12, 2012

SUNAN MUSAFIR - Ramlee Awang Mursyid

Cover

"ALLAH menciptakan cinta, justeru cinta harus dipertahankan dengan sebaik-baik cara. Maka itu sebagai manusia, Saifudin atau Laksamana Sunan tidak terlepas daripada belenggu cinta.

Tahun 1511 merupakan detik keindahan, cabaran serta air mata. Pengembaraan Saifudin berserta sahabat-sahabatnya ternyata bukan satu perjalanan yang mudah.

Fikiran Saifudin agak terganggu apabila mendengar khabar bahawa isterinya masih hidup. Namum, benarkah Sang Dewi itu adalah isterinya, Ratna mantan Ratu Sulaman? Atau sekadar jelmaan?

Pada tahun 1531 - Saifudin yang sudah berusia memutuskan untuk bermukim di Pinggir Hulu Melaka. Dia mengisi hari tuanya dengan menghambakan diri kepada ALLAH dan meninggalkan dunia pertarungan. Bagaimanapun, kejahatan seolah-olah mengejarnya sampai ke hujung nyawa. Berjayakah Saifudin menewaskan mereka?"


10/6/2012, sangat suka sbb berjaya membeli buku ni. Ramlee Awang Mushid is one of my favorite author. Tak pernah miss beli novel beliau cuma novel dia yg terdahulu susah nak dapat. Kisah Laksaman Sunan mmg aku follow dr buku pertamanya lagi, Bagaikan Puteri. Watak Laksaman Sunan adalah satu watak fantasi yg amat memberi kesan kpd pembacanya sehingga kan kita terasa dia betul2 wujud. Beliau blh diibaratkan adiwarna versi melayu purba. Dimana ada kejahatan, dia akan menghapuskan selepas membuat tawaran kepada musuh. Tawarannya, "kembalilah ke jalan Allah". Selalunya musuh mmg tak terima tawarannya, maka jadilah satu pertempuran yg hebat.
Dalam novel kali ni, penulis mmg sudah berniat utk menoktahkan kisah Sunan ni so kali ni penulis menumpukan kisah hidup Sunan pd separuh abadnya iaitu pd tahun 1531. Maknanya kali cerita pasal Sunan dah tua lah, ada anak lelaki seorang umur 20 tahun, Andika. Sunan merahsiakan identiti dia pd anaknya. Dia menggunakan gelaran Kiai Kelana dan lebih dikenali sebagai imam sehinggalah dia dicabar oleh Nayan si Harimau Berantai yg menjadikan anak Sunan sebagai galang gantinya..
Dalam pada itu ada juga flashback pd tahun 1511 dimana Sunan mencari cinta hatinya iaitu isterinya yg disangka mati. Percintaan Sunan dgn isterinya, Ratna atau Ratu Sulaman juga kematian isterinya diceritakan dlm novel Cinta Sang Ratu. Bagaimanakah isterinya blh hidup?.. Jeng jeng jeng.. 
Juga watak2 dlm novel terdahulu seperti Haryani, Dani, Salima, Maryam, diungkaikan semula..
Pendapat saya novel ni mmg best (sy mmg pro Ramlee hehehe..) walaupun sudah kurang babak pertempuran Sunan. En. Ramlee betul ke nk tamatkan kisah Sunan ni.. sedih la pulak x blh nk bc kisah Sunan ni. Atau cadangan saya En. Ramlee cuba kembangkan pulak watak Andika.. mesti best kan?
Rating : 3-1/2 *

Bandung 2012 - Hari Keempat

Sabtu, 19 Mei 2012
Hari ni merupakan hari terakhir kami di bandung. Disebabkan ada masa lagi sbb kita orang ambil last flight jd agenda pagi nyer ... apa lagi.. shopping ... mengulang di Pasar Baru.. Planning mula2.. yg lelaki nak ke kedai basikal, perempuan ke Pasar Baru tp sbb ada seluar yg ditempah perlu di auter jd yg lelaki pun terpaksa ke Pasar Baru. Seluar jeans yg aku dpt semlm pun perlu di auter sbb potongan nyer besar.. so pagi2 lg kami menuju ke Pasar Baru.. hr ini orang terlalu ramai, naik lemas jadinyer.. aku menyopping kain cotton lagi.. kali ni seronok buat mix and match.. cotton pokka dot + cotton jalur2, pokka dot besar + pokka dot kecik.. bermacam warna.. selesai menghabiskan beberapa rupiah yg mmg nyer tinggal nyawa2 ikan (jgn x caya, pergi lg tukar duit kat MC di pasar baru).. dan membeli beberapa jenis jajan (kacang bandung sgt sedap), kami pun keluar dr Pasar Baru, ada jg yg sempat menyinggah lg kat kedai2 di luar PB..

Masa nk packing barang, terkejut kami semua sbb beg dah beranak pinak..  masing2 pakat geleng kepala takut melebihi berat yg tlh dibeli..
Selepas siap packing, ada masa lagi (dlm kul 2.00 ptg, cadang nk bertolak ke airport dlm kul 5) kami pun pergi sekali lagi ke Rumah Mode memandangkan tempat x berapa jauh dr hotel kami. Ada juga brg yg terbeli di sini... dahsat sugguh.. Setelah berpuas hati (sebenar nyer x puas lagi sbb x dpt repeat ke FO Jln Riau) kami pun bersiap utk bertolak ke Airport.. SELAMAT TINGGAL BANDUNG UTK 2012... akan ku jejak lagi kaki ku di bumi mu Bandung.. InsyaAllah...

Membeli jajan

Sementara menunggu gang2 yg tak habis bershopping, kami dihiburkan oleh adik2 pemuzik jalanan ni.. suara diorang sedap.. 


Di depan airport Tengok lah brg2 kami.. nasib baik 4 hari jer.. kalo seminggu alamat kena chartered flight lah..


Monday, June 4, 2012

BANDUNG 2012, Hari Ketiga

Jumaat, 18/06/2012
Pagi : Breakfast di Hotel, lepas tu br lah kami merancang utk aktiviti hari tu, maklumlah pergi dgn itenari sendiri suka2 je nak tukar. Mula2 kitorang bercadang nk ke tangkuban perahu tp memandang hr tu cuti am jd kita sudah mengagak jln mesti jam.., utk kepastian tanya org2 kat hotel tu, dorang pun ckp mesti jam.
Bg kami kaum2 ibu membuang ms di jalan raya amatlah merugikan, baik bershopping lg bagus. So pendapat ramai (pd hal pendapat kaum2 ibu jer) bershoppinglah.. dan dijangkakan hasil rampasan akan hebat kami sependapat utk upah supir. Kami dibagai van yg sgt besar blh muat 12 orang padahal kami ni 8 - 10 org jer.. 2 lg utk hasil rampasan.. hehehe..
First destination utk hr ni, kami menuju ke Cibaduyut.. Tempat pusat pembuatan berasaskan kulit seperti kasut, beg, tali pinggang, jaket, dll... sebenarnya kat sini takde apa sgt tp sempat jg lah hubby merembat belt, kasut sepasang, kasut anak dara ku. Ada jg le terselit butik muslimah so aku pun terambil lah satu tshirt muslimah.. 
Kemudian kami menuju ke Kartika Sari, beli kek apa yg patut.
Tengahari : Kami lunch di Restoran Simpang Raya, Nasi Padang lagi... kat sini makanannya sedap..
Siap solat semua, kami pun menuju ke FO Jalan Dago. Kat sini antara FO nya ialah :
Happening - Jl Ir H Juanda 14
Up Town - Jl Ir H Juanda 123
Glamour - Jl Ir H Juanda 108
Blossom - Jl Ir H Juanda 112
Flashy - Jl Dipati Ukur 1
Episode - Jl Ir H Juanda 125 022-2501515
Raffles City - Jl Ir H Juanda 106 022-2502139
Victoria - Jl Ir H Juanda 111 022-2516868
Grande - Jl Ir H Juanda 118
Jetset - Jl Ir H Juanda 116
Level - Jl Ir H Juanda 138
Arena Experience - Jl Ir H Juanda 207
Donatello - Jl Ir H Juanda 104 022-2501167
MM Dago The Nice Shop - Jl Ir H Juanda 81-83
Solution Boutique Outlet - Jl Ir H Juanda 91
Seximo - Jl Ir H Juanda 106
Rich & Famous - Jl. Ir H Juanda
Justine Shoes and Bags - Jalan Ir.Djuanda
DSE - Jl Diponegoro 2
Tak banyak yg aku rembat, bj anak2 dan kasut ku dan anak2 jer.. 

Kemudian kami pergi ke FO Jalan Riau pulak.. bg aku kat sini lg best, dr segi baju nyer, harga nyer, pilihan nyer.. Kat sini byk le juga menghabiskan rupiah, org kata tak hengat dunia dah.. perfume kat dpn Oasis tu best sgt.. mcm ori bau nya dan tahan lama jg...
FO yg terdapat kat sini :
The Secret - Jl Laksmana L RE Martadinata 47
Stamp - Jl Laksmana L RE Martadinata -simpang Banda
Heritage - Jl Laksmana L RE Martadinata
The Summit - Jl Laksmana L RE Martadinata 61
Branded Club - Jl Laksmana L RE Martadinata 55
Terminal Tas - Jl Laksmana L RE Martadinata 32
For Men - Jl Laksmana L RE Martadinata 36
Riau Stock Mall - Jl Laksmana L RE Martadinata 160
Osso Boutique Outlet - Jl Laksmana L RE Martadinata 34
Clover - Jl Laksmana L RE Martadinata 107
Solution Boutique Outlet - Jl Laksmana L RE Martadinata
Renaritti - Jl Laksmana L RE Martadinata 26
China Emporium - Jl Laksmana L RE Martadinata
Oasis - Jl Laksmana L RE Martadinata 57
18th Park - Jl Laksmana L RE Martadinata




 

Di Donatello