Thursday, December 6, 2012

2012 - LANGKAWI PART 1



Pada November lalu, aku pergi langkawi bersama anak-anak, suami dan adik aku sekeluarga. Kiranya kami ada sepuluh orang semuanya termasuk yg kecil-kecil tu. Tiket Airasia dah diperam lama nak dekat setahun jugalah gara-gara nak tiket murah. Lebih kurang RM1900 tuk 10org. Memang planning nak bagi anak2 merasa pengalaman menaiki pesawat. Bahagia sangat bila tengok anak-anak gembira. Wang yang dibelanjakan tak setanding dengan kegembiraan diaorang.

15/11/2012
Flight kami pukul 12.45 tengahari.
Kereta parking kat LCCT, sehari RM16.00, pergi 3 hari = RM48.00.

1.30pm sampai Langkawi, kami sewa Innova daripada Zarina (tahu daripada Cari Forum), syarikat dia Let's Go Travel & Tour Langkawi Sdn. Bhd. 2 hari RM400.00, kena bayar deposit dulu RM100.00

Lunch kat Kedai Aisya (banyak lauk-pauk kat sini, harga berpatutan dan boleh tahan sedapnya) - Cost RM48.00 lbh kurang (seramai 5 dewasa, 5 kanak-kanak)

Check-in kat Federal Villa (bersebelahan Holiday Villa) - adik yang book hotel ni under gomen, so dapat murah, satu bilik RM70.00 semalam, dia book 2 bilik, 1 bilik untuk family aku, 1 bilik lagi dia lah..
Hotel ok, bilik aku ada daybed so anak dara aku tidur situ kalau tak berhimpit lah kami 5 beranak atas katil. Tapi bilik adik aku takde daybed, nasib baik anak-anak dia kecil-kecil lagi.



First aktiviti, terjun swimming pool. Federal Villa ni adik beradik dengan Holiday Villa. So semua facilities di Holiday Villa kita boleh guna. Holiday Villa ni cantik, swimming pool besar, indoor swimming pool pun ada tapi tak pergi pun, pantai dia sangat cantik, tenang dan damai. Holiday Villa ni terletak kat Pantai Tengah so tak lah serabut macam kat Pantai Cenang. Kalau nak menenangkan fikiran, memang recommended lah tempat ni.



Kat sini ada orang main yang terbang-terbang tu, tak tahu lah apa pulak namanya, tengok gambar ajelah kat bawah ni. Mat saleh jer yang berani try benda ni. Kalo tak silap sekali terbang RM100.00


Kat sini yang tak berapa elok nyer ramai mat2 / minah2 salih, berbikini selamba jer.. aku pula yang malu dengan anak-anak. Kalau minah salih aku boleh cakap macam ni kat anak2 "biarlah diaorang bukan Islam, tak tahu jaga aurat", tapi kalau melayu yang berbikini apa aku nak explain pulak kat anak2.

Kami dinner di sebuah restoran siam berdekatan (tak ingat namanya), makanan boleh tahan tapi sikit, tak puas makan. Cost dinner - RM47++ 






No comments:

Post a Comment