Friday, June 15, 2012

Bisik-Bisik Gelora - Fauziah Ashari


Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh daripada kota.

Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun Arumi amat nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan.

Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yang dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku.

Takdir ALLAH, pada hari yang sama, suami yang baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa dan disumbat ke dalam penjara. Apakah yang terjadi pada Arumi? Bagaimana pula dengan Jad?


Novel ni ku pinjam dari adik ipar, bukan kedekut nk membeli tp dah nampak kat rak bukunya.... rembat je lah.. Fauziah Ashari tak pernah menghampakan pembacanya, nukilan dia berbeza dr novel2 dia yang lain.. masih bertemakan kawin paksa tp diolah citer nye berlainan, tak jemu membaca. Bagi aku kalo kita membaca sesuatu novel itu sehingga tahap susah nak letak, novel tersebut sudah berjaya... Begitu lah yg terjadi apabila aku membaca novel karya FA ni..

Kebanyakan novel seseorang pembaca pasti akan jatuh cinta dengan watak hero tp berlainan sekali dengan novel ni dimana aku teraaammmaat lah benci nya dgn hero nyer.. sbb watak heronya terlalu ego, terlalu memandang rendah pd isterinya, suka mengandaikan yg bukan2, takde kasih sayang, dan tak berperikemanusiaan.. sampai satu tahap dlm novel aku ckp sendiri .. kalau lah aku yg jd isterinya tak akan aku maafkan dia smpai bila2... aku terlalu geram smpai menitis air mata ku...

Tapi FA amat bijak bermain dgn emosi, di hujung2 cerita tak tahu lah mcm mana hati aku mula lembut dgn perubahan hero ni.. hati wanita kan, kerak2 nasi.. ending yang puas hati dn biasalah mesti happy kan.. 
Novel yg amat dicadangkan..

Bintang : 3-1/2*

No comments:

Post a Comment