Tuesday, June 19, 2012

VENOM SURIA - MAZNI AZNITA


Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyeksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!

"Apa Suria takut pada Mahira? Takut dengan semua kebenaran yang Suria tahu? Atau takut dengan saya?" - Nazrul

"Kebetulan saya datang sini nak makan dengan teman lelaki. Oh ya, saya duduk kat meja hujung sana dekat dengan bar table. Kalau dah nak balik nanti, singgah-singgahlah tegur ya." - Suria

"Cik Suria kan wartawan popular. Tak perlu nak mention sebut fasal teman lelaki ke apa ke...tak sebut pun orang takkan teka yang Cik Suria ni tak ada teman lelaki." - Izwan

Darah Suria berderau naik ke muka. Dia mencerlung tajam memandang lelaki itu. Namun wajah di hadapannya tidak sedikit pun berubah. Damn it! Dia ni kenapa? Asyik-asyik nak sakitkan hati aku aje. Apa kena dengan mamat ni? Psyhco ke?

Mazni Aznita.. aku dah memiliki beberapa novel karya beliau. Selain Mazni Aznita penulis ni juga menggunakan nama pena Anita Aruszi. Mula mengenali beliau melalui novel Street Vendetta kemudian Tiada Sepertimu. Apa yang aku boleh katakan aku suka cara penulisan beliau. Street Vendetta cerita yang agak lucu manakala Tiada Sepertimu thriller cinta kalau tak silap. Kali ini di dalam Venom Suria, penulis mencuba sesuatu yang baru mungkin (sbb aku masih tak berkesempatan membaca novel beliau yang lain). 

Venom Suria, cerita bergenre thriller+mistik+misteri dan terselit juga kisah cinta. Tak dinafikan aku memang suka cerita2 bergenre begini daripada cerita cinta yang berjiwang2. Itu sebabnya penulis RAM menjadi kegemaran aku. Pada awal pembacaan memang ada sikit rasa keliru hingga terpaksa membaca berulang-kali sesuatu ayat tersebut. Tapi aku masih boleh meneruskan pembacaan sebab ada perasaan ingin tahu yang membuak-buak. Dengan waktu dan watak2 yang agak banyak membuatkan aku pening sekejap.

Di pertengahan cerita, misteri itu terungkai secara perlahan-lahan walaupun masih samar2. Pada masa ini nak letak novel sekejap pun rasa sayang tapi memandangkan aku byk tanggungjawab lain terpaksa jugalah sedangkan dalam kepala ni duk teringat apa misteri yang sebenarnya dlm cerita ni..

Perasaan semasa membaca novel ni kadang-kadang rasa seram sampai naik jugalah bulu roma lagi-lagi baca pada waktu tengah malam. Nasib baik ada orang disebelah kalau tak mahu aku tutup jer novel tu bila sampai bab-bab seram ni. 

Sampai penghujung cerita, aku puas dengan segala persoalan. Terjawab dan tersusun segala misteri macam jigsaw puzzle. Ending dia, Suria memilih siapa pun aku puas hati. Good Job.. Anita / Mazni.. Boleh lah teruskan lagi dengan genre2 sebegini..

Lepas ni nak cari Sayangku Casper pulak... 


No comments:

Post a Comment