Tuesday, June 12, 2012

SUNAN MUSAFIR - Ramlee Awang Mursyid

Cover

"ALLAH menciptakan cinta, justeru cinta harus dipertahankan dengan sebaik-baik cara. Maka itu sebagai manusia, Saifudin atau Laksamana Sunan tidak terlepas daripada belenggu cinta.

Tahun 1511 merupakan detik keindahan, cabaran serta air mata. Pengembaraan Saifudin berserta sahabat-sahabatnya ternyata bukan satu perjalanan yang mudah.

Fikiran Saifudin agak terganggu apabila mendengar khabar bahawa isterinya masih hidup. Namum, benarkah Sang Dewi itu adalah isterinya, Ratna mantan Ratu Sulaman? Atau sekadar jelmaan?

Pada tahun 1531 - Saifudin yang sudah berusia memutuskan untuk bermukim di Pinggir Hulu Melaka. Dia mengisi hari tuanya dengan menghambakan diri kepada ALLAH dan meninggalkan dunia pertarungan. Bagaimanapun, kejahatan seolah-olah mengejarnya sampai ke hujung nyawa. Berjayakah Saifudin menewaskan mereka?"


10/6/2012, sangat suka sbb berjaya membeli buku ni. Ramlee Awang Mushid is one of my favorite author. Tak pernah miss beli novel beliau cuma novel dia yg terdahulu susah nak dapat. Kisah Laksaman Sunan mmg aku follow dr buku pertamanya lagi, Bagaikan Puteri. Watak Laksaman Sunan adalah satu watak fantasi yg amat memberi kesan kpd pembacanya sehingga kan kita terasa dia betul2 wujud. Beliau blh diibaratkan adiwarna versi melayu purba. Dimana ada kejahatan, dia akan menghapuskan selepas membuat tawaran kepada musuh. Tawarannya, "kembalilah ke jalan Allah". Selalunya musuh mmg tak terima tawarannya, maka jadilah satu pertempuran yg hebat.
Dalam novel kali ni, penulis mmg sudah berniat utk menoktahkan kisah Sunan ni so kali ni penulis menumpukan kisah hidup Sunan pd separuh abadnya iaitu pd tahun 1531. Maknanya kali cerita pasal Sunan dah tua lah, ada anak lelaki seorang umur 20 tahun, Andika. Sunan merahsiakan identiti dia pd anaknya. Dia menggunakan gelaran Kiai Kelana dan lebih dikenali sebagai imam sehinggalah dia dicabar oleh Nayan si Harimau Berantai yg menjadikan anak Sunan sebagai galang gantinya..
Dalam pada itu ada juga flashback pd tahun 1511 dimana Sunan mencari cinta hatinya iaitu isterinya yg disangka mati. Percintaan Sunan dgn isterinya, Ratna atau Ratu Sulaman juga kematian isterinya diceritakan dlm novel Cinta Sang Ratu. Bagaimanakah isterinya blh hidup?.. Jeng jeng jeng.. 
Juga watak2 dlm novel terdahulu seperti Haryani, Dani, Salima, Maryam, diungkaikan semula..
Pendapat saya novel ni mmg best (sy mmg pro Ramlee hehehe..) walaupun sudah kurang babak pertempuran Sunan. En. Ramlee betul ke nk tamatkan kisah Sunan ni.. sedih la pulak x blh nk bc kisah Sunan ni. Atau cadangan saya En. Ramlee cuba kembangkan pulak watak Andika.. mesti best kan?
Rating : 3-1/2 *

No comments:

Post a Comment