Wednesday, April 18, 2012

OUTING DI JANDA BAIK

Ahad (15/4/12).. bersama2 NovaRiders (kelab basikal hubby ku) kami berkelah di Riverside, Janda Baik. Ini kiranya macam outing family day, sambil berkayuh sambil beriadah bersama family.. Tempat ini menarik untuk perkelahan, ada wakaf, ada tempat BBQ dan sudah semestinya ada sungai utk bermandi-manda.


Wakaf dan ruang utk bentang tikar dan bersantai

Sungai untuk bermandi-manda



Tempat BBQ disediakan

Hubby sedang berkayuh 



Monday, April 9, 2012

AL-FATIHAH

Al-Fatihah buat arwah isteri rakan sekerja ku di cawangan Kemaman yg kembali ke Rahmatullah semalam akibat kemalangan jalan raya. Walaupun tidak mengenal rapat dengan arwah tapi amat terasa kesedihan yang dialami si suami, Raziman. Dari cerita teman2 yg mengenali arwah, beliau seorang yang sangat baik dan manja. Sememangnya orang yang baik disayangi Allah. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. Amin..


REMUK...keadaan van JHEAT rosak teruk selepas terbabit kemalangan. Gambar kecil, Nor Asma.
REMUK...keadaan van JHEAT rosak teruk selepas terbabit kemalangan. Gambar kecil, Nor Asma.
KUALA TERENGGANU: Seorang kakitangan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) daerah Kemaman maut manakala lima lagi rakannya terselamat apabila kenderaan dinaiki mereka terbabas dalam kemalangan di Marang, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 8.10 pagi di Kilometer 27, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Kampung Pulau Kerengga, Marang, Nor Asma Abdullah, 43, yang juga adik Mufti Terengganu, Datuk Dr Alias Abdullah, meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang mangsa terselamat, Mohd Nazmy Mohd Zawawi, 26, ketika ditemui di Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini memberitahu, mereka berenam dalam perjalanan dari pejabat di Kemaman untuk menghadiri kursus bahasa isyarat di ibu pejabat JHEAT di Kompleks Seri Iman, di sini.
“Saya di tempat duduk hadapan bersebelahan pemandu van, Mohd Rozi Bakar, 45, bagaimanapun, setibanya di lokasi kemalangan tiba-tiba van dinaiki hilang kawalan lalu terbabas.

“Saya sempat berpaut pada pemegang di atas pintu van sebelum kenderaan itu terbalik dan merempuh batu penanda kilometer jalan dan sebatang pokok di tepi jalan,” katanya.

Menurutnya, selepas van itu tersadai di sebatang pokok di tepi jalan, dia bergegas mencari telefon bimbit untuk menghubungi individu terdekat memaklumkan kejadian.
Katanya, akibat kemalangan itu, tiga penumpang van tercampak keluar, tetapi mengalami cedera ringan, seorang maut tersepit di bahagian tempat duduk belakang, manakala dia dan pemandu van yang duduk di bahagian hadapan van hanya cedera ringan.

Mohd Nazmy berkata, ketika kejadian hujan renyai di kawasan itu dan permukaan jalan licin mengakibatkan van dinaiki gagal dikawal lalu terbabas.
Kakak ipar mangsa, Toh Puan Razaini Wazairkhan, 44, ketika ditemui di Unit Forensik HSNZ berkata, pada Khamis ini sepatutnya arwah pulang ke kampungnya di Besut bagi menemui ibunya yang bakal ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah.

“Kali terakhir saya bertemu arwah dua minggu lalu selepas dia pulang dari mengerjakan umrah dan saya sekeluarga reda dengan apa yang berlaku kerana ia ketetapan Ilahi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya mengesahkan kejadian dan menasihati pengguna jalan raya lebih berhati-hati terutama pada hari hujan.




Tuesday, April 3, 2012

Welcome back....
After 2 years lost, now I'm coming back to blogspot for sharing my life stories.. within my lost for sure there were so many things happened :
- my beloved mother passed away on 08.02.2011, it was the saddest day that could not been forgotten in my life, starting from this day I lost the true best friend whom I shared almost everything with...
- beside sad thing there must be a good thing, my eldest daughter got straight As in UPSR.. well done dear.. mama is very proud of you..
- cannot thing anymore...however, the important is.. life must go on, no matter how... remember ALLAH always, never let ALLAH behind..

SEE YOU IN THE NEXT POST... InsyaAllah..

Pengkebumian Mak.. 


Friday, October 9, 2009

My Kitchen Cabinet




Thursday, August 27, 2009

Update on my new house

Sebulan tak update blog ni.. busy sikit kebelakangan ini untuk menyiapkan rumah baru yg bakal kami duduki tak lama lagi... setakat ni hampir 80% siap, bahagian atas sudah 100% settle cuma tunggu brg aje.. bhgn bawah belum settle psg bbp lampu lg, install air-cond, cat sebahagian lg dinding, grill di backyard and KC (hr ni org kabinet tu janji nk psg)...

Ini grill rumah kami
Ini pulak plaster ceiling

Living Hall





Dining Hall




Lampu and cat kat master bedroom




Bilik anak2






Family Area




Kitchen cabinet utk next post pulak....










Thursday, July 30, 2009

Update of my new house

Setakat hari ini, rumah ku masih mcm tu jugak tak ada apa perkembangan, ada lah sikit2 wiring utk plaster ceiling, ini semua disebabkan masalah air yg baru settle 2 hari lepas, nasib baik jumpa tempat bocor nyer kalau tidak lambat lg lah aku nk duduk rumah baru tu. Grill dijangka siap hr Ahad ni tp aku dan hubby masih tak decide lagi nak pilih kaler, kami takut kaler yg dipilih nanti tak masuk dgn cat luaran rumah yg kelabu2 asap tu. Bukannya apa dah ada contoh, warna grill langsung tak kena dengan cat luaran rumah, di kawasan perumahan kami jugaklah... kadang2 terpikir jugak ada hikmah rumah kami lambat progress nyer, kita boleh tengok rumah org lain mana cantik kita jd kan contoh, yg tak cantik tak yah ambik...
Sekarang ni yg penting dimasukkan air dulu, yelah.. lepas diaorg korek2 cari punca bocor tu, nk kena tampal dulu tmpt berlubang tu (ada 4 tempat bekas korek), lepas tampal diorg kata kena tunggu kering, msk hr ni dah 2 hari takan tak kering lagi.. so dah chase pemaju utk pasang air, harap2 hr ni diaorg blh sambung air tu. Lepas sambung air nk cek pulak tekanan dia, cek tangki air, mcm2... dah settle bab2 air ni barulah blh start renovation, apek kontraktor tu pun dah kata nk buat rumah aku next week, grill pun next week,.... hrp2 semuanya berjalan lancar........
Tengok progress jiran tetangga ku, ada yg dah siap and boleh duduk dah, ada yg hebat renovasinyer, semuanyer ini bergantung kepada masing2, yg penting..... UKURLAH BAJU DI BADAN SENDIRI
Bagi aku dan suami kami cuma membuat renovasi yg minima... plaster ceiling+downlight, table top for kitchen cabinet, naikkan tembok and pasang tiles di backyard. Itupun dah melebihi budget kami, kena ingat jugak nak raya ni, baju raya anak2, baju mama nyer, hehehe...
Apa yang meletihkan kami sekarang ni, pemaju... ibarat pahat dengan penukul, sekali ketuk sekali buat kerja.. aduhh... kitaorg ni dah lah sibuk dgn tugas harian, suami pulak terpaksa ke sana ke mari, nak cari duit lah katakan, aku pulak bkn nyer blh kuar sesuka hati, kerja makan gaji ni kenalah commit dgn job kita, kang jgn sampai boss kata " KAU INGAT NI COMPANY BAPAK KO ".. naya aku kalau boss ckp camtu, dah lah sekrg ni susah nk cr kerja... tolong lah Encik Pemaju... buatlah kerja tu effisien sikit, jangan dok berjanji je.. rumah ni kita beli bukan nyer sikit2 jumlah nyer.. smpai nk bergolok bergadai nk dpt kan sebuah.. alih2 mcm ni pulak jd nyer.... pening kepala teman dibuatnyer... frust tak bolh nk cakplah....

Thursday, July 16, 2009

Alhamdulillah,... pd 15/07/2009 dapatlah kunci rumah baru ku setelah sekian lama menunggu. Satu bab telah selesai, bab baru pulak menunggu iaitu utk menyelesaikan bbp perkara dgn pemaju dan kontraktor, complain defect, api dan air semua perlu dipastikan berfungsi sebelum memulakan renovasi tapi itu semua hubby ku yang uruskan. Nasib baik lah dia bekerja sendiri, tak payah nak minta cuti, kalau makan gaji mahu seminggu cuti untuk menyelesaikan masalah rumah ni.

Sekarang ni dok sibuk mencari quotation utk grill, kitchen cabinet, plaster ceiling, bla... bla.. bla..., yang dah confirm waktu ni grille and kontrakto plaster ceiling, KC masih mencari harga yang bagus. Macam ni rupanya beli rumah baru yek... sebelum ni beli atas tangan orang tak banyak kerja dan masalah.. bayar deposit terus boleh duduk.

Aku dan famili bercadang untuk menduduki rumah baru selepas raya nanti. Walaupun dah tak sabar nak duduk kalau boleh nak masuk sebelum puasa tapi atas nasihat hubby, baiklah pindah selapas raya.