Thursday, July 16, 2009

Alhamdulillah,... pd 15/07/2009 dapatlah kunci rumah baru ku setelah sekian lama menunggu. Satu bab telah selesai, bab baru pulak menunggu iaitu utk menyelesaikan bbp perkara dgn pemaju dan kontraktor, complain defect, api dan air semua perlu dipastikan berfungsi sebelum memulakan renovasi tapi itu semua hubby ku yang uruskan. Nasib baik lah dia bekerja sendiri, tak payah nak minta cuti, kalau makan gaji mahu seminggu cuti untuk menyelesaikan masalah rumah ni.

Sekarang ni dok sibuk mencari quotation utk grill, kitchen cabinet, plaster ceiling, bla... bla.. bla..., yang dah confirm waktu ni grille and kontrakto plaster ceiling, KC masih mencari harga yang bagus. Macam ni rupanya beli rumah baru yek... sebelum ni beli atas tangan orang tak banyak kerja dan masalah.. bayar deposit terus boleh duduk.

Aku dan famili bercadang untuk menduduki rumah baru selepas raya nanti. Walaupun dah tak sabar nak duduk kalau boleh nak masuk sebelum puasa tapi atas nasihat hubby, baiklah pindah selapas raya.

No comments:

Post a Comment