Monday, May 21, 2012

BANDUNG 2012 - Hari Pertama



Rabu, 16 May 2012
Sampai airport lebih kurang pukul 8.05 pg (waktu Malaysia). Cari supir yg telah di booking awal oleh kawan. Planning awal ke Tangkuban Perahu tp supir kata "tak aman" disebabkan ada sikit rusuhan, jd kami decide ke Kawah Putih. Naik van apa tah blh muat dlm 10 org (berhimpit2 jugalah). Perjalanan memakan masa dlm 2 jam lebih campur dgn keadaan jalan yg jam. Mendaki gunung (keadaan jalan mcm jalan Tapah ke Cameron Highland).. cuaca sepanjang perjalanan amat nyaman dan dingin. Sampai kat pintu Gerbang Kawah Putih, kita dibagi pilihan samada nk naik kenderaan yg disediakan (Rp 20,000 seorang) atau naik dgn kenderaan yg telah kita sewa (Rp150,000 per kenderaan utk local), kalo pelancong lain pulak harganya.. so pak supir tak bagi kami bising2 takut2 terkeluar slang malaysia kang..

Dari pintu gerbang ni kena mendaki lagi.. hubby tanya boleh ke pak naik ke atas (memandangkan van nyer agak lama), pak supir jawab "berdoa saja".. masing2 dah cuak, ada yg kena tolak ni kang.. jalan nyer teramat curam, bila selisih kenderaan lain gerun juga.. Sampai aje ke destinasi masing2 terlopong tgk keindahan kawah putih, warnanya, panorama nyer, cuaca nyer.. memang sesuatu pengalaman yg baru.. walaupun ada bau sulfur tp x menghalang kami utk menikmati keindahan kawah putih.. selepas bergambar sakan, kami berangkat pulang. Ingatkan perjalanan turun takdelah masalah sbb laju jer.. rupa2nyer smpai jer ke pintu gerbang tu van terpaksa rehat sbb brek bau hangit. Pak supir kata kena rehat dalam 20 - 30 minit.. kami pun cari gerai2 utk melepaskan dahaga sambil makan mee segera (sedap mee segera kat indon ni). Kami dihiburkan dengan pemuzik jalanan (bayar dlm Rp5000 utk dua lagu).

Dari kawah putih kami terus ke bandung utk lunch.. dlm perjalanan semua terlelap maklum lah keletihan dr LCCT lagi (fligh subuh). Biasalah perjalanan balik ke bandung tak terasa lama sgt, mgkin sbb ketiduran kot atau mmg org kata kalo balik rasa sekejap aje dah smpai.

Lunch nasi padang di Restoran Sederhana. Solat jamak terus kat restoran ni, satu lg pengalaman pelik.. musolla diorang tak diasingkan lelaki perempuan and open sgt, so pandai2 kita lah nk jg aurat masing2.. Lepas selesai semua kami terus ke Toko Tiga (pusat jualan jeans branded). Bagi aku takdelah murah sangat, seluar jeans levis dlm Rp600K - 800K (RM200 - 300) .. ke memang levis ni kat KL dllm RM400 keatas. Walau bagaimana pun rembat jugalah kemeja satu..

Pastu kami menuju ke Factory Outlet Secret (Jalan Riau), x byk yg kami rembat, beli baju utk anak, pastu ke Heritage pulak.. kat sini tak beli langsung, minum2 pastu balik hotel. Kami check in di Hotel Cihampelas 2.

Beakhirlah hari pertama di Bandung. Layan2 gmbar kat bawah


pemandangan sepanjang perjalan ke kawah putih





melepaskan lelah dengan mee segera
Ladang Strawberi

 
 Menjamu selera dengan nasi padang di Restoran Sederhana

Ni jer yang aku rembat kat FO Secret

No comments:

Post a Comment